SELAMAT DATANG KE BLOG HARIANKU

USAHAWAN INTERNETADSENSE REVENUEINTERNET MARKETING

DISEASE INFORMATIONVISIT MALAYSIABLOGGING

 

 

Monday, May 28, 2007

Menjaga Keselamatan Telefon Bimbit Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baru-baru ini saya ada menerima satu tips berkaitan tentang bagaimana kita boleh membuatkan telefon bimbit kita tidak boleh digunakan jika ia hilang atau dicuri.

Walaupun ia tidak ada kena mengena dengan sebarang perniagaan internet, namun kita semua tahu yang telefon bimbit ni sangat penting untuk komunikasi terutamanya untuk urusan harian mahupun perniagaan.

Melalui tips yang diberikan, ia dapat mengelakkan telefon bimbit anda daripada dijual. Walaupun anda mungkin tidak akan menemuinya lagi, tapi mesti puas hati kan kalau orang yang mencurinya tak dapat menggunakannya atau menjualnya.

Bagaimana caranya? Ia sebenarnya sangat mudah. Tahukah anda bahawa setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Nombor IMEI (International Mobile Equipment Identity) adalah unik untuk setiap telefon bimbit.

Nombor IMEI sebanyak 15-digit ini adalah seperti cap jari elektronik untuk setiap telefon bimbit yang dipancarkan setiap kali ia digunakan, yang mana ia akan mendedahkan identiti telefon bimbit tu.
Nombor ni biasanya kita boleh jumpa dicetak dibawah bateri dibelakang telefon bimbit. Atau cara yang lebih pantas ialah dengan menekan *#06#
Bila nombor 15 ni keluar, kita hanya perlu catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangantelefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM,Maxis atau Digi.

Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, denganmenjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranyasetiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkannombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit.
Dengan cara ini Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.
Selain tu, ni ada beberapa tips untuk mengelakkan telefon bimbit anda dicuri
  • Jangan sekali-kali tinggalkan telefon bimbit didalam kereta
  • Jangan tinggalkan di tempat awam tanpa tanpa dijaga oleh sesiapa
  • Tukar kepada modbergetar (vibrate) jika anda rasakan nada dering ada akan menarik perhatian pencuri.
  • Letakkan nama anda pada telefon bimbit
  • Catat dan simpan nombor siri IMEA
  • Maklumkan segera kepada pihak pembekal perkhidmatan dan polis apabila berlaku kehilangan.

Selamat Berblog...

Thursday, May 17, 2007

Cara Elak Iklan Ketika layari Internet

Salam semua,
Blog harianku kali ini nak saya kongsi satu tips cara-cara untuk mengelakkan iklan yang selalu menganggu apabila kita melayari internet.
Ada beberapa cara kemasukan iklan yang digunakan untuk menarik perhatian ketika pengguna melayari laman web. Antaranya pop up, pop under, penggunaan flash dan sebagainya.Ada juga iklan dihasilkan menggunakan program yang dipasang tanpa pengetahuan pengguna (spyware) atau dipasang dengan pengetahuan pengguna (adware).
Beberapa langkah pencegahan atau pengurangan kemasukan iklan boleh anda lakukan adalah seperti berikut:
  • pastikan OS menggunakan patch terkini kerana program malware akan mengeksploitasi setiap kelemahannya.
  • jika menggunakan Internet Explorer, pastikan gunakan patch terkini. Anda boleh juga menggunakan browser alternatif seperti Mozilla Firefox (mozilla.com) atau Opera (opera.com).
  • baca kotak popup sebelum klik "OK". Ada juga iklan yang menyerupai kekotak dialog dari windows. Pastikan anda klik 'X' dan bukan "OK".
  • jika menggunakan Firefox, anda boleh dapatkan perluasan seperti "NoScript" untuk membenarkan penggunaan Javascript di laman-laman web tertentu yang anda percaya. Untuk mengelak iklan dari jenis flash pula, anda boleh dapatkan perluasan "Adblock".
  • jangan melayari laman web yang diragui, seperti porno, cracks, dan warez.
  • dapatkan program anti spyware seperti Spy Bot Search & Destroy, IE-SPYAD, Spyware Blaster dan Windows defender (masih dalam beta) untuk mengesan program yang diragui. Anda juga boleh menggunakan program berkenaan serentak tidak semua program boleh mengesan segala spyware dan malware.
  • browser terkini seperti Firefox, Internet Explorer dan Opera, kini mempunyai pilihan untuk menghalang pop-up. Aktifkan ciri itu.
  • jangan pasang program-program dari laman web yang diragui.

Saya harap posting kali ini dapat memberi panduan kepada anda semua..

Selamat berblog

Sunday, May 13, 2007

Kriteria penentu antivirus pilihan

Salam Semua Rakan2,
Hari ni saya nak kongsi satu artikel berkaitan antivirus yang sesuai digunakan dalam komputer kita..
Selalunya sukar untuk menentukan antivirus yang boleh disifatkan sebagai yang terbaik. Ini disebabkan ada pelbagai cara berbeza untuk menilai kualitinya berdasarkan beberapa faktor. Kini, terdapat pelbagai jenama dan versi antivirus di pasaran. Sebahagiannya untuk kegunaan syarikat besar, sederhana dan manakala yang selebihnya untuk pengguna biasa. Apakah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada perisian antivirus yang bagus? Berikut ini disenaraikan faktor-faktor yang boleh dijadikan panduan semasa memilih antivirus yang sesuai.
1. Mendapat pengiktirafan – bolehkan antivirus mengesan seratus peratus ancaman, termasuk yang masih bebas untuk memberi perlindungan berkesan? Bagi memenuhi kriteria ini beberapa agensi bebas wujud untuk menilai kemampuan sesuatu produk. Contohnya, AV-Test.org membuat ujian menyeluruh yang melibatkan virus bebas dan virus dalam simpanan. Keputusan ujian agensi-agensi seperti AV-Test.org, VB100% Award, dan ICSA Certification boleh dijadikan sandaran semasa membuat pemilihan. Malah, pengiktirafan yang diterima itu turut mencerminkan pencapaian kualiti yang telah ditetapkan industri.
2. Fungsi tambahan – sesetengah antivirus boleh melindungi aplikasi e-mel, mesej segera (IM), dan peer-to-peer (P2P). Jika anda masih menggunakan sistem lama, ciri tambahan ini mungkin tidak perlu atau pakej asas dengan sumber minimum mungkin lebih sesuai. Pakej lengkap selalunya menawarkan tahap perlindungan lebih baik. Ini meliputi perlindungan aplikasi e-mel (berasaskan klien atau web) pelbagai platform, P2P, IM dan mampu menghalang skrip. Ciri penyekat skrip contohnya boleh memantau skrip Java, VBS dan memantau aktiviti skrip seiras virus. Teknik proaktif ini tidak perlukan definisi virus.
3. Sumber minimum – kebanyakan antivirus boleh beroperasi secara latar (ketika anda melakukan tugas lain), memantau trafik rangkaian (keluar-masuk) dan aktiviti e-mel untuk mengesan petanda kehadiran kod-kod jahat. Namun, aktiviti imbasan masa nyata (real-time) tidak sepatutnya menggunakan terlalu banyak memori sistem atau kuasa pemprosesan sehingga boleh menjejaskan fungsi sistem operasi (OS) untuk melakukan tugas penting. Sebaik-baiknya antivirus hanya menggunakan sedikit sumber, apabila ia melindungi sistem yang melaksanakan tugas berintensifkan sumber seperti berkongsi fail atau e-mel.
4. Kemaskini pantas – kebanyakan antivirus menawarkan imbasan ‘heuristic’ – pengesanan proaktif yang berdasarkan sifat seperti virus sebelum jangkitan dikenalpasti contohnya menanda fail dengan penanda tertentu. Namun, kebanyakan antivirus akan mengesan dan menyekat virus berdasarkan paten yang dikenalinya. Timbul masalah jika vendor antivirus itu lewat mengeluarkan paten untuk mengesan virus baru. Jadi, pastikan vendor mempuyai rekod yang konsisten dalam memastikan fail kemaskininya cepat dikeluarkan tanpa mengabaikan mutunya. Pengkalan data virusnya mesti dikemaskini beterusan.
5. Kemaskini automatik – biasanya antivirus akan menggunakan definisi virus terkini untuk menentukan samada sesebuah fail itu telah dicemari virus tertentu atau sebaliknya. Sesetengah antivirus dilengkapi fungsi yang mampu menyemak dan memasang kemaskini perisiannya secara automtik. Bagaimanapun, proses kemaskini antivirus dan definisi virusnya juga boleh dibuat secara manual (contohnya, jika tiada sambungan internet). Biasanya, apabila anda membeli sesebuah antivirus, pada tahun pertama definisi virus diberikan secara percuma. Selepas itu, anda diminta membayar untuk langganan secara tahunan.
6. Imbasan masa nyata - antivirus yang efektif pantas mengesan fail yang tercemar melalui imbasan masa nyata, boleh menjejak virus dari ‘pintu masuk’ seperti aplikasi e-mel, IM, pelayar web dan sebagainya. Contohnya ia mengimbas setiap kali anda cuba mengakses fail. Ia mesti menggunakan cara yang boleh menyekat fail yang dicemari virus (sebelum ia mampu membahayakan). Antivirus berkesan juga boleh mengesan dan membasmi semua jenis virus dan program nakal seperti cecacing dan trojan. Sesetengah antivirus efektif juga mampu mengimbas virus yang ada dalam fail arkib dengan membukanya dahulu.
oleh - Harun Khalid ( Majalah PC)

Sunday, May 6, 2007

PENGENALAN

Asslamualikum dan salam sejahtera,
Sebelum saya menaip dengan lebih menjela-jela, biar saya perkenalkan diri saya dulu. Blogmaster ni bernama HUSSAIN atau panggil je saya SAIN.... Masih studi lagi kat UKM ..
Tak de apa nak buat , jadi mengisi masa luang tu saya buat la blog ni... saja ja nak mengutarakan pandangan-pandangan tentang isu-isu semasa dan jugak pengalaman masa lampau.
Jadi, kalau anda nak mengutarakan sebarang pandangan , anda di persilakan untuk memberi sebarang komen yang bernas dan membina...
Anda jugak boleh mengisi ruang Buku Pelawat pada sidebar di sebelah kanan ni..hehehe...
Pada masa sekarang ni , apa yang saya dapat lihat di zaman teknologi canggih ni ialah trend blogging.. maksud saya semakin ramai penduduk dunia ni yang membina blog sendiri, semata-mata nak menceritakan pasal diari harian , mengutarakan pandangan peribadi dan berkongsi macam2 maklumat...
Tidak kurang jugak ada yang menggunakan blog ni untuk mengiklankan perniagaan mereka...maklumlah, penggunaan blog ni free je... tak payah la susah2 nak pi beli domain name dan web hosting , ala sekadar nak cerita diari harian je kan... tapi kalau yang betul2 serius nak bisnes internet ni,,, anda WAJIB mempunyai web sendiri untuk mengiklan dan memperkenalkan pasal produk perniagaan anda..
Saya rasa setakat ni je la pengenalan buat permulaan ni....
Selamat berblog....